Seperti sedia maklum bahawa YAB Menteri Pendidikan pada 29 Disember 2014 telah mengumumkan penangguhan permulaan sesi persekolahan bagi tahun 2015 selama seminggu. Sehubungan itu, tarikh baru permulaan sesi persekolahan bagi negeri
KEDAH, KELANTAN, TERENGGANU dan JOHOR adalah pada 11 JANUARI 2015 (AHAD)
dan bagi NEGERI-NEGERI LAIN akan bermula pada 12 JANUARI 2015 (ISNIN).
Penangguhan ini adalah setelah mengambilkira semua keadaan dan kesukaran semua pihak akibat bencana banjir seperti yang diumumkan termasuk mengambilkira pasukan keselamatan, pegawai dan kakitangan daripada agensi kerajaan lain yang bertungkus lumus melaksanakan operasi bantuan yang juga perlukan masa untuk persediaan persekolahan anak-anak mereka apabila operasi tersebut ditamatkan.
Sumber : www.moe.gov.my
No comments:
Post a Comment
Sekiranya anda tahu lokasi tadika dan taska islam yang lain, anda dialu-alukan untuk mencoretnya diruangan ini.